Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semestinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang seharusnya difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.
Dalam bahasa Arab, arak disebut sebagai khamar. Dari sudut bahasa ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuat daripada jus buahan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. Arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.
Ada dua jenis arak diminum pada zaman Rasulullah dan selepasnya iaitu sebagai Khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur dan lain lain yang diperam. Kedua dinamakan sebagai nabiz. Nabiz adalah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. Hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.
Jumhur fuqaha’ yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram.
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Maa’idah : Ayat 90)
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya :
“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram." (HR Muslim)
Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud :
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 219)
Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujukkan kepda ‘ethyl-alkohol, entanol atau ETON.
Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah; ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum pengggunaan etanol.
Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, bir dan wain yang bertujuan untuk memberi rasa dan kriteria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa. Perlu juga kita tahu adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah SAW pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.
Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan :
a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
d) Tapai adalah halal.
e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).
Pengalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produk menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahawa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan, ia tetap haram.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
“Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram.” (HR Abu Daud dan An-NAsai’i)
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan :
“Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal.”
Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.
Terima kasih kepada Buletin Halal (Disember 2009), JAKIM di atas maklumat ini.

No comments:
Post a Comment