banner

Sunday, April 12, 2009

Radix Fried Chicken (RFC)


Radix Fried Chicken (RFC), jenama terbaru HPA

Pada 1 Jun 2008 yang lalu, menyaksikan HPA secara rasmi melancarkan jenama terbaru keluarannya, Radix Fried Chicken (RFC). HPA yang sememangnya terkenal dengan kopi Radix, bakal memperluaskan pasaran RFC ke seluruh Malaysia dengan membuka cawangan di seluruh negara. Restoran pertama RFC di Sg Petani, Kedah, telah beroperasi sepenuhnya pada hari pelancaran berkenaan.

Berabad lamanya Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald (McD) menguasai pasaran makanan segera di Malaysia dan seluruh dunia. Syarikat terbabit tetap mendapat sambutan, walaupun isu sijil halal dan penguasaan Yahudi dalam franchise berkenaan telah lama diketahui umum. Kini umat Islam mempunyai alternatif, dan dengan pelbagai produk berkualiti ditawarkan (khususnya ayam goreng), bakal menyaksikan RFC menjadi saingan sengit dalam pasaran yang begitu terkenal ini.

HPA kini merancang strategi mengembangkan pasaran killer product Radix (Kopi, Cereal, Cola dan Sarsi), ditambah dengan keluaran terbaru seperti Radix Orange dan Maila (minuman coklat) melalui RFC. RFC dijangka mencorak budaya pemikiran dan mindset umat Islam Malaysia yang selama ini dihantui dengan jenama makanan segera sedia ada. Justeru diharapkan semua umat Islam, khususnya ahli HPA, memberi sokongan penuh kepada RFC. Radix, BOLEH!

Lain-lain produk yang akan dikeluarkan ialah:
1. Oren Radix
2. Strawbery Radix
3. Apple Radix
4. Grape Radix
5. Ais Krim soda radix
6. Sarsi Radix
7. Cola Radix.

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG