banner

Sunday, April 12, 2009

Anda suka Coca Cola?

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari
seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

1. Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda Polis/Lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah dijalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda / Polis Lebuhraya, depa guna
tak?

2. Cuba kajian ini : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi
Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalamasa 2 hari. Elok untuk yang
meniaga sup tulang!

3. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

4. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

5. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

6. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

7. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kendian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke,...he..he..

8. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual
kat Yawata tu, mahal weh!

9. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalamasa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

10. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

11. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki
yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2
sebab hakisan/karat.

12. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!

13. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan
ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air
yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua
minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up,
Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

14. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.

15. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!

16. Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

17. DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!

18. Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat
Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali
sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!],
time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca.
Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG