banner

Monday, October 3, 2011

MLM tidak patuh syariat Islam


Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.

Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.

Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.

Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.

“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.

“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

Tuesday, September 13, 2011

Restoran guna sos ada DNA babi

SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.

Monday, August 15, 2011

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter tidak halal






KUALA LUMPUR 15 Ogos - Orang Islam di negara ini diingatkan agar tidak menggunakan mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa produk keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY dari New Zealand itu tidak halal.

"Ini berikutan laporan analisis yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lalu menunjukkan terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan dan ia disahkan oleh JKM sendiri.

"Keputusan ini diambil setelah mendapati produk yang terlibat, berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport oleh pihak yang berbeza dan juga diedarkan di pasaran yang berbeza," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat tersebut dan mereka bersetuju untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Katanya, bagi pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal daripada Jakim ataupun jabatan agama Islam negeri pula yang telah menggunakan produk tersebut, diminta untuk melakukan beberapa proses tertentu.

"Pertama, mereka perlu menukarkan bahan ramuan tersebut kepada bahan ramuan lain yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

"Kedua, mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru dan melakukan samak dengan disaksikan oleh jabatan agama Islam negeri.

"Akhir sekali pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak jabatan agama Islam negeri," katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur mengenai hal itu.

"Bagi mengelak sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, orang ramai diminta merujuk kepada laman web Jakim iaitu www.islam.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial," katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai status halal boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.



UTUSAN MALAYSIA 15 Ogos 2011

Tuesday, August 2, 2011

SOSEJ PULUT DAN KEPINGAN AYAM TAK HALAL



KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Metro, 3 Ogos 2011

Tuesday, July 12, 2011

Tiada kopitiam halal di Selangor


Salah sebuah premis kopitiam yang menggunakan logo halal daripada pihak swasta.




SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.
Sumber: Kosmo Online

Thursday, December 16, 2010

Monday, September 27, 2010

HPA City, Shah Alam


Dijemput Tuan/Puan ke Perasmian HPAIC Pada 2hb Okt 2010, Di Sekyen 13 Shah Alam, Selangor.

Thursday, August 5, 2010

AYAM PAPA RICH!!!!

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah / premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Yang menjadi tandatanya tanpa noktah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan pekerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Ada kalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.


Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini


Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babi pulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelih pun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goreng dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).


Di langgani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam.

Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. "Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak lan gkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk lan gsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.


Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup-hidup dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelih pun)



HPA City - Sungai Petani

Thursday, July 29, 2010

Monday, July 19, 2010

Sasar 10 tahun tawan pasaran



Oleh Zainuddin Zain

2010/07/19: Harian Metro


RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.
RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.

Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).

Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.

“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.

Wednesday, July 14, 2010

COKE!


"Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan
SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang samasekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jamdan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu.

Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dala masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas
manis berperisa coke kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.

Sunday, June 20, 2010

GHEE QBB HARAM KE?


Adakah anda pernah menggunakan produk ini? Sudah pasti terutama semasa musim cuti sekolah - nasi minyak, nasi beryani dan yang sewaktu dengannya. Produk ini diharamkan kerana ia mengandungi PIG LARD.


Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO
Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110

Dear Madam

We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using “QQB” Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland, Australia.

However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different. Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:

· Its manufacturer Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade .gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps. google.com shows that the following site is vacant land.

· Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Malaysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore.

· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for “QBB” Ghee for Malaysia, Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the “QBB” trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore. We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.

· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Malaysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-
“This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma.” (Original report is with the sender of this letter).

Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-

a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion
b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.
c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.

We believe that the “QBB Ghee” sold in Malaysia, Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of “misrepresentation of label”. Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.

Thanking you.

Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)
Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)

CARLBERG HALAL? NEGERI SEMBILAN SELAMAT


Cuba teliti siapakah nama dalam petak merah, yang menerajui Carlberg?. Cuba klik di sini


CARLBERG HALAL??


Apa sudah jadi ni??ada carlsberg halal pulak????betul-betul mengelirukan umat Islam..Hati-hati dengan agenda musuh Islam ini..mereka sedaya upaya ingin merosakkan umat Islam.

Calsberg Malaysia yang beroperasi di Shah Alam akan meluaskan pasaran produk beer tanpa alkohol yang akan khusus di negara-negara Arab Asia Barat.

Oh dah ada calsberg halal la pulak..walaupun tanpa cap halal. Isk susah juga ya satu jenama pastu ada halal ada haram.

Sekarang order di kedai mamak "kopi tongkat ali satu!" pasni ada pulak yang minta "Caslberg halal satu!"

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
((3) yang meminumnya,
((4) yang membawanya,
((5) yang minta dihantarinya,
((6) yang menuangkannya,
((7) yang menjualnya,
((8) yang makan harganya,
((9) yang membelinya,
((10) yang minta dibelikannya."

Alhamdulillah, Takhta Negeri Sembilan terselamat. Klik disini untuk maklumat lanjut

sumber http://isuhangat.blogspot.com/2009/05/calsberg-untuk-orang-islam.html



Saturday, June 19, 2010

KHASIAT KISMIS...


Dapatkan Kismis Minda HPA

KISMIS, salah satu makanan kering paling berkhasiat. Ia tidak mengandungi kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak.

Ia membekalkan pelbagai vitamin dan mineral termasuk zat besi, potasium, kalsium dan beberapa jenis vitamin B.

Kismis kaya dengan serat dan antioksidan serta memiliki 70 peratus fruktosa (bentuk gula semula jadi) yang mudah dihadam untuk mendapatkan tenaga serta-merta.

Berikut beberapa manfaat kesihatan daripada kismis:

•Membantu melegakan masalah sembelit. Serat di dalam kismis yang kering itu menyerap air, justeru, ia membantu melegakan sembelit.

•Kismis sama seperti buah-buahan kering yang lain membantu mereka yang kurus untuk menambah berat badan.

Ini kerana ia mengandungi fruktosa dan glukos serta memberikan banyak tenaga. Ia dianggap diet bersesuaian sama ada untuk atlit atau ahli bina badan yang perlukan tenaga tanpa menambah kolesterol.

•Anemia. Kismis mengandungi sejumlah zat besi yang membantu menangani anemia secara langsung. Ia turut mengandungi vitamin B kompleks yang diperlukan untuk pembentukan darah.

•Phytonutrien phenolic yang terkenal dengan ciri antibiotik dan antioksidan juga banyak didapati di dalam kismis. Ia membantu untuk menangani demam dengan melawan jangkitan kuman dan bakteria.

•Kismis juga terkenal kerana sifatnya yang merangsang nafsu disebabkan kehadiran sejenis asid amino dikenali sebagai arginine. Ia juga satu amalan biasa di India yang menyediakan segelas susu untuk pengantin lelaki dan perempuan. Susu berkenaan dipanaskan dengan kismis dan ditambah secubit safron.

•Kismis juga salah satu sumber sejenis nutrien mikro iaitu boron (sejumlah kecil nutrien yang diperlukan tubuh berbanding nutrien lain), yang sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan penyerapan kalsium yang sewajarnya.

Boron juga sangat berguna untuk mencegah osteoporosis lazimnya di kalangan wanita menopaus serta sangat bermanfaat untuk tulang dan sendi.

MAKANAN HARAM GELAPKAN HATI ...



Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”

Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.

Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.

Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”

Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita.

Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”

Justeru, penjagaan hati ini adalah perkara yang utama. Hati kita adalah segumpal darah yang mengandung sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu berasal dari makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih dan halal mengikut syariat Islam, maka sel dan zat itu juga bersih sehingga hati kita juga akan bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor, haram dan syubhat, baik benda itu haram atau wang yang digunakan untuk membelinya haram, maka sel dan zat-zat besi, atau zat-zat yang membina hati kita itu kotor, busuk dan gelap.

Hati seperti wadah yang terbuka. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik dari Allah sebab Allah tidak akan memberi taufik dan hidayah kepada hati yang kotor. Sama halnya kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam piring yang kotor. Apalagi taufik dan hidayah dari Allah itu sangat tinggi harganya.

Bila hati tidak dapat melihat kebenaran maka tidak akan terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang dan didikan dari Allah, tidak terasa anugerah, penjagaan, pengawasan dan pembelaan Allah. Kalau hati tidak mendapat hidayah dan taufik lagi maka kita akan menjadi orang yang sesat dan selalu terlibat melakukan maksiat dan mungkar.

Bersabda Rasulullah SAW :
“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Al Bukhari & Muslim)

Firman Allah :
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” (Al Maidah : 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan sedar bahawa benda yang kita makan itu haram maka kita akan berdosa dan hati kita akan gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubhat itu kita makan, tanpa diketahui bahawa benda itu haram dan syubhat maka kita tidak berdosa tetapi hati kita yang dibina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar itulah Sayidina Abu Bakar As Siddiq mengorek kembali makanan yang telah ditelannya hingga muntah-muntah, setelah dia mengetahui bahwa makanan itu sumbernya adalah syubhat. Amirul Mukminin itu merasa cukup takut bila makanan itu akan membutakan hatinya. Setelah mengorek makanan itu, dengan rasa bimbang kalau ada sisa-sisa makanan tersebut yang masih ada dalam perutnya, maka beliau pun berdoa, "Ya Allah, jangan Engkau bertindak kepadaku akan apa yang telah jadi darah dagingku."

Hal ini menunjukkan betapa, perkara haram itu memberikan bahana yang besar terhadap seorang mu’min. Samada kita tahu atau tidak tahu perkara itu haram, maka yang haram tetap haram, tetap memberikan kesan terhadap hati kita. Kita tidak berdosa jika memakan makanan haram tanpa kita ketahui keharamannya, tetapi hati kita tetap terbina dari perkara yang haram itu.

Kalau kita pergi ke sebuah negara bukan Islam, tiada tanda halal, tiada pula kawasan yang menyatakan tidak halal dan sebagainya, maka kita perlu lebih sensitif mengenai penjagaan halal haram ini. Sebaiknya jika tiada keperluan ataupun darurat, maka lebih digalakkan untuk kita memasak di rumah. Hal ini kerana, keadaan itu sudah jatuh kepada keadaan syubhah. Menjaga diri dari syubah adalah amat dituntut.

Alasan tidak pandai memasak bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dijadikan sebagai keadaan darurat. Untuk mengejar redha ALLAH SWT, kita sendiri perlu berusaha keras mengikuti perintahNya. Allah SWT tidak ingin sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Justeru kita sendiri perlu berusaha mengikuti apa yang diaturkan olehNya.

Jika kita tidak pandai memasak, maka berusahalah belajar memasak. Moga usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah. Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.

Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda,"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Namun ramai yang ambil mudah kepada hadith ini, lalu menutup sebelah mata dan tetap juga memasukkan perkara-perkara syubhah dalam kehidupan mereka. Sedangkan keadaan ketika itu lebih cenderung kepada yang haram, kerana kita bukan di negara Islam, tambah pula yang memasaknya bukan Islam, itu belum lagi termasuk dengan bahan yang digunakan.

Akhirnya alasan darurat juga digunakan. Semua mengambil contoh dibolehkan memakan babi oleh Islam untuk membolehkan mereka makan di tempat-tempat syubhah.

Tetapi tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan darurat di dalam Islam? Darurat itu membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan dapat melakukan perkara lain. Contoh, kalau tidak makan babi itu ketika itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum.

Adakah kita sudah mencapai tahap sedemikian untuk mengambil perkara-perkara yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di sekeliling kita?

Allah SWT berfirman, "(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-A'laa : 16-17)

Itulah sebenarnya yang ada dalam hati dan jiwa kita.

Hakikatnya, perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah? Sedangkan Rasulullah SAW berpesan di dalam hadtih tadi, sesiapa yang memasukkan dirinya ke dalam kesamaran, maka dia memasukkan dirinya ke dalam yang haram.

Saya kembali kepada penjagaan hati. Makanan kita membina hati kita. Kita sepatutnya sensitif dalam menjaga hati kita. Hati adalah bejana keimanan, hati juga adalah ibu kepada pemikiran kita. Kalau rosak hati kita, maka rosaklah segala kehidupan kita dalam menjadi hamba yang baik kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya. ALLAH SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.” (At Taubah : 111)

Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.

Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!

Sumber:

http://www.ayamorganikshahalam.viviti.com/gelap-hati

SEDAPNYA ROTI TELUR NI!!

Roti Telur - lazat !?

Telur Ayam yang tidak dibasuhi

Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram. Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.
Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.
Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.

Jadilah peniaga seperti di atas yang mengamalkan kebersihan dalam Islam. Alhamdulillah




PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG