banner

Monday, May 31, 2010

TESCO JUAL AYAM TAK HALAL


Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.


Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang..



Berita Harian, 31 Mei 2010



Thursday, May 27, 2010

SYARAT GEN 2 DAN PRA PBC

SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM GEN 2


1. Motivator adalah daripada kalangan PJS sah atau staf HPA sahaja.
2. Setiap kelab perlu mencadangkan bila program tersebut perlu diadakan dan sila hantar senarai nama peserta terlebih dahulu kepada HQ AWM (bahagian pemasaran) untuk proses pengesahan.
3. Cadangan tempat bagi setiap zon:
3.1. Zon Utara : Perlis,Kedah,Pulau Pinang Dan Perak (Perak
Utara + Ipoh)
3.2. Zon Tengah : Perak ( bermula dari Kuala Kangsar dan Ipoh),
Kuala Lumpur dan Selangor.
3.3. Zon Timur : Kelantan,Terengganu dan Pahang
3.4. Zon Selatan : Negeri Sembilan,Melaka,Johor dan Singapura
3.5. Zon Borneo : Sabah, Sarawak dan Brunei
3.5.1. Sebarang program yang hendak dijalankan di zon yang berlainan, pihak pelaksanaan program hendaklah merujuk atau memaklumkan terlebih dahulu kepada zon yang berkenaan @
3.5.2. Pelaksanaan program tersebut bolehlah dibuat secara bersama dengan mewujudkan komuniti khas (gabungan dua kelab zon tersebut).
3.5.3. Contoh: Zon A hendak mengadakan program di Zon B. Maka Zon A haruslah memaklum dan meminta izin terlebih dahulu daripada Zon B @ Zon A dan Zon B bekerjasama mengadakan program.
4. Program hanya satu hari sahaja dan tidak melibatkan penginapan peserta.
5. Yuran penyertaan maksimum ringgit malaysia lima puluh sahaja
(RM 50.00) bagi Semenanjung Malaysia-kos sewa dewan/tempat seminar akan di taja oleh pihak syarikat.
6. Yuran penyertaan maksimum ringgit malaysia tiga puluh sahaja (RM 30.00) bagi Sabah dan Sarawak-kos sewa dewan/tempat seminar akan di taja oleh pihak syarikat.
7. Jumlah peserta bagi semenanjung minimum adalah lima puluh orang (50) ke atas.
8. Jumlah peserta bagi Borneo adalah minimum dua puluh orang (20) ke atas.
9. Program hendaklah dilaporkan kepada pihak HQ AWM satu (1) minggu sebelum dilaksanakan. Sila hubungi Encik Mohamad Kamal bin Ismail di: no telefon 04-9774716 / 013-4804717 dan alamat email: jatidiri09@yahoo.com.my.
10. Setiap kelab zon diminta untuk menghantar laporan lengkap program tersebut tiga (3) hari selepas program.
11. Pemilihan peserta mestilah terdiri daripada pangkat Pengurus Melati (PLX) sehingga berpangkat Pengarah Jati (PJ) sahaja dan mestilah ditapis terlebih dahulu oleh kelab masing-masing
12. Mempunyai bonus bulanan sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut tempoh maintain.
13. Peserta hendaklah berpakaian kemas:
13.1. Peserta lelaki : berjeket / blazer hitam dan berkemeja tangan panjang/baju melayu raihan, berseluar panjang warna hitam, berstokin hitam dan kasut bertutup berwarna hitam.
13.2. Peserta wanita : baju kurung / jubah, bertudung berwarna hitam, kasut bertutup, berstokin hitam. Bagi peserta wanita bukan Islam hendaklah berpakaian sopan.
14. Slot / modul program adalah seperti berikut:
14.1. Bagaimana menjadi pemimpin MLM yang berjaya (GM Mohammad Faisol / Pengurus Zon)
14.2. MLM Syariah HPA - ciri-ciri dan jenis-jenis akad dan lain-lain. (Panel Syariah HPA)
14.3. Penajaan dan bimbingan yang berkesan
14.4. Insentif Ta’awun 2010 - strategi dan gerak kerja
15. Sijil kosong ( tanpa nama peserta ) akan dikeluarkan oleh pihak syarikat yang lengkap bertandatangan Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad dan En.Mohd Faisol Bin Abd.Rahman.



SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM PRA PBC


1. Perlu dihadiri oleh AGM/wakil untuk setiap program
2. Penyertaan: layak disertai oleh semua PB yang belum berpangkat
3. Jangka masa program : 1 hari (9.00 pagi – 5.00 petang)
4. Insentif program:dinobatkan sebagai Pengurus Melati (PLX) setelah maintain 100 nm selama 6 bulan berturut-turut.
5. Tempat program: dewan cawangan @ setaraf (dewan yang mempunyai kemudahan lengkap)
6. Bilangan peserta: maksimum 50 orang / 1 hari program.(200 hingga 500) orang / 1 bulan program – (10 orang peserta bagi setiap PJS)
7. Pendaftaran peserta:setiap penyertaan akan dikendalikan oleh kelab masing-masing dan PJS terpilih (bukan komuniti). Kelab perlu menghantar senarai nama peserta kepada pihak AWM ( Marketing dan MIS Department ) 1 bulan lebih awal untuk mendapatkan kelulusan GM.
8. Pembayaran penyertaan:ringgit malaysia RM30.00 sahaja (termasuk bahan program dan makanan peserta.)
9. Senarai nama kehadiran peserta mestilah diisi di dalam Borang A (seperti yang dilampirkan) dan dihantar kepada pihak AWM (Marketing dan MIS Department) beserta laporan lengkap program tersebut 3 hari selepas program.
10. Telah membuat pembelian 100 nm sebulan dalam mana – mana bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti Program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 nm selama lima bulan berterusan untuk melayakan mendapat kenaikan pangkat PLX.
11. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.
12. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus.

MODUL PROGRAM:
i. Mengenali syarikat kita (HPA Industries Sdn. Bhd.)
ii. Bagaimana membina pendapatan selesa melalui Program PSC
iii. Kongsi pengalaman : bagaimana menjadi pengguna yang bijak
iv. Bagaimana merawat penyakit yang biasa menyerang keluarga
v. Produk kegunaan harian asas pembangunan ekonomi ummah
vi. Demo bukti keracunan dalam produk kegunaan harian
vii. Muhasabah dan penutup

Wednesday, May 26, 2010

HPA INTERNATIONAL CENTRE (HIC)


Harian Metro 26 Mei 2010

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.


Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).


HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja. Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.

HAIWAN INI TAK BOLEH BUAT AQIQAH








Haiwan ini tidak boleh dibuat Aqiqah kerana ia adalah kacukan antara Babi dan Biri-biri maka lahirlah BARI-BARI. Jangan mudah Terpedaya @ Tertipu





Monday, May 24, 2010

ALKOHOL HALAL



Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semestinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang seharusnya difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.

Dalam bahasa Arab, arak disebut sebagai khamar. Dari sudut bahasa ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuat daripada jus buahan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. Arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.

Ada dua jenis arak diminum pada zaman Rasulullah dan selepasnya iaitu sebagai Khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur dan lain lain yang diperam. Kedua dinamakan sebagai nabiz. Nabiz adalah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. Hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.

Jumhur fuqaha’ yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Maa’idah : Ayat 90)

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya :

“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram." (HR Muslim)

Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”


(Surah Al-Baqarah : Ayat 219)

Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujukkan kepda ‘ethyl-alkohol, entanol atau ETON.

Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah; ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum pengggunaan etanol.

Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, bir dan wain yang bertujuan untuk memberi rasa dan kriteria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa. Perlu juga kita tahu adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah SAW pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.

Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan :

a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

d) Tapai adalah halal.


e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).

Pengalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produk menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahawa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan, ia tetap haram.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

“Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram.” (HR Abu Daud dan An-NAsai’i)

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan :

“Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal.”

Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.


Terima kasih kepada Buletin Halal (Disember 2009), JAKIM di atas maklumat ini.

Tuesday, May 18, 2010

KOPITIAM TAK HALAL



Hanya Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam sahaja yang memohon dan mendapat sijil Halal JAKIM.
Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012 manakala Jonker Walk Kopitiam pula sehingga 15 Februari 2013

Bagaimana dengan Kopitiam ini?

Monday, May 17, 2010

Sunday, May 16, 2010

LOGO HALAL

Logo Halal JAKIM

Logo HALAL YANG DIIKTIRAF oleh JAKIM




Logo Halal yang TIDAK DIIKTIRAF JAKIM

















UMAT ISLAM DITIPU










Ayam Oh Ayam
















PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG