banner

Tuesday, July 14, 2009

RFC terkini di Laguna


Terkini, RFC Berkonsep PANDU LALU Di LAGUNA MERBUK SUNGAI PETANI !!!


Team Pengurusan Zon Utara

Pengurusan Sungai Petani akan terus di uruskan oleh seorang GM dan 3 orang AGM bagi memastikan semua projek berjalan dengan lancar. Mereka terdiri daripada GM Hj Fisal Ahmad Tajuddin, AGM Ustaz Adnan Fadzil, AGM Us Samad Ayob dan AGM Hafiz Ismail. Ini berikutan dengan penumpuan HQ yang sedang membangunkan pentadbiran di Lembah kelang . Projek-projek baru yang kini telah berjalan dengan lancarnya ialah seperti berikut:-

  1. Radix Printing
  2. Kilang Kola Radix
  3. Kilang Muslimah
  4. RFC
  5. ROR
  6. ROC
  7. ITHPA
  8. El Zahraa Inn
  9. RCH
  10. Homestay
  11. Toharah Dobi
  12. Pertenakan Ayam
  13. Kilang Air Mineral
  14. JHS
  15. Radix Bakery
  16. Kilang Makanan Ayam
  17. Kilang Baja Organik
  18. Perladangan Padi Organik
  19. Kilang Pemerosesan Satay
  20. Perabut PJS
  21. HPA Collection
  22. HPA Ilham Holidays
  23. Mutiara Hikmah (kedai buku Islam)

Semua projek-projek ini akan dibangunkan satu persatu di Lembah Kelang berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Insya’Allah, target jualan RM20juta akan tercapai dengan berlakunya penumpuan yang lebih di ibukota., Insya’Allah.

Sumber: HPA Online Network

Thursday, July 9, 2009

Restoran Al ESFAN BISTRO, Batu Caves, jual RADIX PALSU





Malam tadi, jam 8.45 malam saya ke Restoran Al Esfan Bistro, Jalan SBC5, Batu Caves, berhampiran Petrol Pum Shell dan Pasaraya Giant untuk bertemu kawan. Dia ajak saya minum. Nak tolak rasanya, sebabnya baru lepas berbuka puasa. Tapi sebab nak jaga hatinya, saya pun order Air panas dan Radix. Saja nak tahu ada jual Radix ke tidak kat situ. Saya kata saya nak bancuh sendiri. Pelayan pun bawa segelas air panas dan satu sachet KOPI MASTER RADIX. Sah, saya beritahu kawan saya. Ini Kopi Radix palsu. Yang lagi tak sedap tu, restoran ni lebih kurang 200 meter dari Cawangan HPA Batu Caves. Lepas tu saya tak bancuh air itu, saya minum air suam aje jadinya. Sachet tu saya bawa balik. Cadangnya esok nak ke HPA Cawangan Batu Caves, nak adu, biar cawangan ambil tindakan.
GEMPURRRRRRRRRR!!!


Wednesday, July 8, 2009

Testimoni Produk HPA

Kopi Radix Menurunkan Berat Badan
”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”
Mohd Hazizi Deraman (20 tahun) Kelantan

Kopi Radix Membersi Kecergasan
“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
Mohd Hafiz Abdul Razak (32 tahun) Pulau Pinang

Kopi Radix Menyembuhkan Sakit Lutut
“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang.”
Muhammad Azahari Mat (22 tahun) Kedah

Kopi Radix Untuk Masalah Usus
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA.”
Faizul Azrie Ismail (26 tahun) Kelantan

Kopi Radix Menghilangkan Ketagihan Merokok
“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba. HPA BOLEH!!!”
M. Helmi (24 tahun) Selangor

Kopi Radix Dan Omega 3 Meningkatkan Kecerdasan Anak
“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.
Asnieah Badri @ Nazri (39 tahun) Pulau Pinang

Kopi Radix, Herba Tuju Angin Dan Madu Menyumbuhkan Sakit Tulang Belakang
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”
Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) Selangor

Lagi ... testimoni


Sumber: HPA_Online

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG